Setuju ker? Romi

Kajian Kes Perniagaan Internet produk Model Kenderaan Berjenama.

Pada minggu ini seorang sahabat saya bertanya mengenai satu perniagaan secara online (Internet). Beliau telah sedia mempunyai domain yang didaftar menggunakan domain pihak ketiga (Third Party Domain) maknanya domain percuma cuma ruang lingkup yang terhad. Masa yang sama beliau telah membeli beberapa produk model miniatur kereta berjenama berharga RMXXXX (Dirahsiakan sebab bukan keutamaan). Setelah saya membuka domain beliau barulah saya nampak beberapa perkara. Namun untuk kali pertama saya tidak memberikan komen yang tepat dan tidak menyeluruh. Kini barulah saya mendapat beberapa perkara yang patut kita kongsikan.

Nama Domain Anda Dan Skop Produk!.

Pertama sekali kita perlu sedar dan faham produk apa yang kita nak jual dan fokus. Sekali lagi saya katakan fokus!. Apabila kita faham dalam ilmu Knowledge management kita kena faham apa sebenarnya perniagaan kita atau Segmen (Segment). Dalam kes ini segment kita adalah Produk Model Miniatur. Produk yang ada di tangan kita sekarang adalah beberapa buah kereta berjenama.

Cuma itu sahaja yang kita ada. Kita kena tanya semula sejauh mana segmen untuk produk barangan model miniatur? Sudah pasti ada banyak lagi selain kereta berjenama. Pengalaman saya pergi ke pameran Kraftangan SDSI dan juga beberapa pusat membeli belah di Klang Valley saya pernah bertemu dengan miniatur rumah dan juga kapal layar serta Kapal Terbang.

Nanti dulu! mungkin anda akan berkata saya cuma ada kereta miniatur apa kaitannya? Hubungannya begini disebabkan segmen kita adalah model miniatur maka skop bagi produk kita perlu diluaskan dan meluaskan skop ini akan berlaku dalam tempoh yang berterusan seandainya kita ingin terus menjadi usahawan barangan model miniatur. Jadi anda sudah tentu mempunyai hubungan yang kuat antara produk dan diri anda sebagai usahawan.

Dicadangkan agar nama www.GETSPEEDA.webs.com diubah kepada nama domain yang lebih luas skopnya. www.GETSPEEDA.webs.com masih belum cukup kuat tetapi itu hanya akan menterhadkan fungsi perniagaan web anda sedangkan anda patut pada masa akan datang turut menjual dan mempromosikan barangan miniatur model yang lain berkaitan. Namun anda kena faham dalam miniatur ini ada DUA iaitu Miniatur Kraf dan Miniatur Hobi.

Skop anda buat permulaan ini biarlah Miniatur Kraf iaitu sebagai barangan hiasan. Sekiranya anda hendak meluaskan kepada hobi seperti Kereta RC itu boleh dibuat pada masa akan datang. Nama domain yang dicadangkan adalah Seperti www.minikraf.com, www.youmini.com, www.youminiatur.com dan nama yang difikirkan sesuai dengan skop. Itu yang dicadangkan dan seandainya anda mempunyai nama pilihan boleh emailakan ke normansah@gmail.com. Pemilihan nama domain secara free adalah langkah bijak. Kenapa? sebab anda boleh "test pasaran" sekarang disamping menyusun strategi untuk masuk ke dalam pasaran sebenar. Sebenarnya peringkat pra pemasaran ini banyak lagi domain yang menyediakan template percuma untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda. Dalam kajian kes produk miniatur ini ia adalah langkah yang bijak. Malah pada masa ini anda boleh mencuba beberapa nama domain yang difikirkan sesuai dengan skop perniagaan .

Nama domain penting sebab itu adalah penjenamaan produk dan perkhidmatan anda. Bayangkan jika pada masa akan datang nama domian anda tidak sekuat jenama yang akan datang kemudian. Percayalah pada masa akan datang akan timbul banyak lagi jenama yang hampir serupa produk dan perkhidmatannya. Mulakan penjenamaan dari sekarang!.


Tips Irfan Khairi - www.irfankhairi.com

Katakan Tidak.

Sekiranya nawaitu anda betul, jangan takut menyuarakan pendapat anda (tidak kira pada boss, pekerja, kenalan etc). Cuma, anda perlu berikan fakta sokongan. Dan yang penting sekali adalah, sekiranya tidak setuju, berikan alternatif (cara yang betul), dan bukan sekadar mengkritik sahaja.


Kitar Hidup Produk 2 Tahun.

Ianya dikatakan kitar hidup sesuatu produk adalah 2 tahun.

Ya, 2 tahun sahaja!

Sekiranya begitu, bagaimana pula dengan tip Perubahan musim dalam perniagaan yang mengatakan ia biasanya mengambil 3 tahun untuk mendapat keuntungan yang lumayan?

Di sini kita boleh mengambil pelajaran daripada Microsoft dan produk “Windows”. Oleh kerana kitar hidup sesuatu produk adalah 2 tahun (mereka mengetahuinya!), maka, sebab itu Windows keluar dalam beberapa versi… dari Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows Me, Windows Xp dan kini Windows Vista!

Kitar hidup sesuatu produk adalah 2 tahun secara purata*. Oleh itu, fikirkan bagaimana anda boleh mengubahkan produk anda untuk “refresh” semula kitar hidupnya… untuk berterusan lagi 2 tahun!

*Secara kasar, produk IT/Teknologi seperti Windows, kitar hidup adalah lebih singkat berbanding dengan produk lain.

Selain dari contoh Windows di atas, boleh kah anda namakan contoh produk/jenama lain yang juga memperbaiki kitar hidupnya? (banyak!)

Maklumat lanjut Klik Di Sini


Ubah Hidup Anda Dengan Lebih Pantas.

Ini adalah antara strategi utama saya mencapai jutawan pada usia muda… syukur alhamdlillah…

Satu kebolehan yang anda perlu amalkan untuk mencapai kejayaan dengan cepat adalah kebolehan mengimplementasikan apa yang anda belajar dengan cepat.

Amalkan kebolehan ini. Sekiranya anda pelajari sesuatu yang anda fikir boleh mengubahkan hidup anda, amalkannya secepat mungkin- jangan membuang masa atau tunggu waktu yang sesuai oleh kerana waktu tersebut tidak akan muncul!

Sekiranya anda pelajari sesuatu dari Tip Satu Minit ini, cepat-cepat amalkannya. Sebagai contoh, selepas membaca tip logo, sekiranya anda mempunyai perniagaan dan tidak mempunyai logo, cepat-cepat lakukan sesuatu untuk mendapatkan logo. Sekiranya anda membaca tip mengenai merancang hari esok anda, cepat-cepat lakukannya dan rancang hari esok anda.

Maklumat lanjut Klik Di Sini



Ciptakan Produk Sendiri.

Hari ni saya menjalankan shooting satu product VCD/DVD bersama Nizal Mohammad. Product tersebut bertajuk “OK, Let’s Talk”. Tak dapat pula post gambar hari ini sebab tak bawa camera! :)

Shooting went well. Ini merupakan produk pertama daripada brother Nizal kita; satu ala-ala talk show Nizal bersama saya mengenai Komunikasi & Wang. Agak sukar bagi saya to keep up sebab Nizal sudah profesional bab-bab talk show ni!

Produk tersebut akan di jual dan juga diberi percuma kepada peserta NizalTalk! apabila siap nanti.

Tip hari ini (tip cuti Tahun baru Cina), adalah untuk anda ciptakan produk sendiri! Dengan mencipta produk sendiri, ia akan menjana passive/residual income kepada diri anda. Dalam erti kata lain, kerja satu kali, income akan anda terima sampai bila-bila (selagi produk dijual).

Lebih banyak punca passive income anda, lebih banyak pendapatan anda di masa hadapan!

Seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah yang mempunyai banyak produk di pasaran di bawah nama beliau dari buku sehingga kaset/cd/vcd motivasi, sekiranya lebih dari 30 produk kesemuanya, dan setiap satu menjana sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan, pendapatan passive/residual di situ sahaja sudah RM30,000 setiap bulan (”contoh je ni… CONTOH!” - bak kata Dato’ :) )

Maklumat lanjut Klik Di Sini


Otak_Bisnis_V.1.0_Beta

Burger Special, Satu Bang !.

Sebelum ini, cuma itu antara gerai burger yang menjual burger yang sedap dan harga yang berpatutan. Nampaknya bukan rezeki saya hari itu memandangkan gerai itu tidak di buka pada malam hari pasar terbuka. Sepanjang mencari gerai itu terjumpa satu gerai yang sama menjual burger cuma harga sahaja yang lain. Kalau gerai sebelumnya jual RM2.00 untuk special tapi untuk gerai ini RM2.20 naik RM0.20 memandangkan kenaikan kos untuk harga tepung. Bukan perkara kenaikan harga tepung yang menjadi persoalannya tetapi usahawan burger itu yang terdiri daripada 2 pemuda dalam lingkungan 20-an menunjukkan daya usaha mereka dengan menyediakan terlebih awal duit syiling dalam 2 plastik yang telah ditukar dengan wang syiling dari bank. Wow! ini memang betul sebab pembeli tidak perlu risau atau penjual tak perlu risau untuk menukarkan duit kertas dengan duit syiling bila berbaki. Jika tidak penjual mungkin terpaksa berkata "Halal" pada pembeli. "Halal" pada baki yang tidak dapat ditukar. Masalah kita bila menjual kecilan adalah memulangkan duit syiling. Walaupun nampak kecil tapi amat besar maknanya kepada pembeli. Keadaan ini banyak berlaku pada waktu pagi. Sebenarnya kita tidak bersedia lagi untuk jadi kaya hanya sebab wang syiling RM0.10!.

Dadih.

Selalunya idea bisnis ini muncul disebabkan oleh beberapa sebab. Malah ada bisnis datangnya daripada perkara yang kita pernah buat. Hari ini seorang kawan dalam satu pejabat membawa hampir 16 bekas berisi dadih. Pada mulanya saya menyangka kemunginan dadih ini datangnya daripada gerai atau kedai yang menjual di tepi jalan tapi sebaliknya. Sebabnya dadih ini adalah hasil buatan tangannya sendiri. Bagi mereka yang mempunyai pemikiran dan gerakan usahawan dapat menjadikan ini sebagai satu sumber perniagaan. Saya tidak mahu bertanya kenapa dia tidak buat secara besar-besaran dan menjualnya melalui sistem pukal secara catering. Sebabnya saya boleh agak dan antaranya adalah pertama adalah minat. Kedua faktor Modal dan ketiga disebabkan keadaan pasaran.

Ini bukanlah satu bentuk kemungkinan yang boleh menyebabkan seseorang itu menukar bentuk pemikiran dari menjadi seorang pekerja biasa kepada pekerja yang luar biasa. Maksud saya menukar pemikiran kepada yang luar biasa adalah menukar setiap inci perspektif, gaya kerja, gerak kerja dan gaya mentaliti kepada peralihan dunia perniagaan. Ini semua memerlukan masa untuk kita bertukar ke arah begitu. Perubahan sebegini perlukan masa. Berbalik kepada jualan dadih tadi ternyata saya berpandangan makanan sebegini masih ada lagi ruang untuk masuk ke dalam pasaran tertentu. Menurut pakar pembangun perniagaan bersetuju bahawa faktor lokasi amatlah penting. Jualan dadih yang bersesuain dengan lokasi akan menjanjikan keuntungan dan debit yang besar pada akaun anda. Suatu ketika masa belajar dahulu di UiTM (1998-2001) dan UTM (2002-2003) hampir setiap malam pasti akan ada seorang atau dua yang sanggup naik ke bahagian asrama menjual pelbagai jenis makanan dan antaranya dadih, Burger (Ready Made), Roti Sosage budget dengan harga antara RM1.00 - RM2.00. Peluang di ambil oleh sesetengah pelajar yang bergelar usahawan ini untuk menjual khidmat makanan mereka untuk pelajar yang tidak mahu keluar daripada bilik selepas pukul 10.00 malam. Peluang mereka lihat dan bersesuain dengan lokasi dan fisiologi pelajar di kolej. Untung bukan?. Jadi dadih pun masih boleh meraih keuntungan besar sekiranya kita tahu lokasi pemasaran kita.