Otak_Bisnis_V.1.0_Beta

Burger Special, Satu Bang !.

Sebelum ini, cuma itu antara gerai burger yang menjual burger yang sedap dan harga yang berpatutan. Nampaknya bukan rezeki saya hari itu memandangkan gerai itu tidak di buka pada malam hari pasar terbuka. Sepanjang mencari gerai itu terjumpa satu gerai yang sama menjual burger cuma harga sahaja yang lain. Kalau gerai sebelumnya jual RM2.00 untuk special tapi untuk gerai ini RM2.20 naik RM0.20 memandangkan kenaikan kos untuk harga tepung. Bukan perkara kenaikan harga tepung yang menjadi persoalannya tetapi usahawan burger itu yang terdiri daripada 2 pemuda dalam lingkungan 20-an menunjukkan daya usaha mereka dengan menyediakan terlebih awal duit syiling dalam 2 plastik yang telah ditukar dengan wang syiling dari bank. Wow! ini memang betul sebab pembeli tidak perlu risau atau penjual tak perlu risau untuk menukarkan duit kertas dengan duit syiling bila berbaki. Jika tidak penjual mungkin terpaksa berkata "Halal" pada pembeli. "Halal" pada baki yang tidak dapat ditukar. Masalah kita bila menjual kecilan adalah memulangkan duit syiling. Walaupun nampak kecil tapi amat besar maknanya kepada pembeli. Keadaan ini banyak berlaku pada waktu pagi. Sebenarnya kita tidak bersedia lagi untuk jadi kaya hanya sebab wang syiling RM0.10!.

Dadih.

Selalunya idea bisnis ini muncul disebabkan oleh beberapa sebab. Malah ada bisnis datangnya daripada perkara yang kita pernah buat. Hari ini seorang kawan dalam satu pejabat membawa hampir 16 bekas berisi dadih. Pada mulanya saya menyangka kemunginan dadih ini datangnya daripada gerai atau kedai yang menjual di tepi jalan tapi sebaliknya. Sebabnya dadih ini adalah hasil buatan tangannya sendiri. Bagi mereka yang mempunyai pemikiran dan gerakan usahawan dapat menjadikan ini sebagai satu sumber perniagaan. Saya tidak mahu bertanya kenapa dia tidak buat secara besar-besaran dan menjualnya melalui sistem pukal secara catering. Sebabnya saya boleh agak dan antaranya adalah pertama adalah minat. Kedua faktor Modal dan ketiga disebabkan keadaan pasaran.

Ini bukanlah satu bentuk kemungkinan yang boleh menyebabkan seseorang itu menukar bentuk pemikiran dari menjadi seorang pekerja biasa kepada pekerja yang luar biasa. Maksud saya menukar pemikiran kepada yang luar biasa adalah menukar setiap inci perspektif, gaya kerja, gerak kerja dan gaya mentaliti kepada peralihan dunia perniagaan. Ini semua memerlukan masa untuk kita bertukar ke arah begitu. Perubahan sebegini perlukan masa. Berbalik kepada jualan dadih tadi ternyata saya berpandangan makanan sebegini masih ada lagi ruang untuk masuk ke dalam pasaran tertentu. Menurut pakar pembangun perniagaan bersetuju bahawa faktor lokasi amatlah penting. Jualan dadih yang bersesuain dengan lokasi akan menjanjikan keuntungan dan debit yang besar pada akaun anda. Suatu ketika masa belajar dahulu di UiTM (1998-2001) dan UTM (2002-2003) hampir setiap malam pasti akan ada seorang atau dua yang sanggup naik ke bahagian asrama menjual pelbagai jenis makanan dan antaranya dadih, Burger (Ready Made), Roti Sosage budget dengan harga antara RM1.00 - RM2.00. Peluang di ambil oleh sesetengah pelajar yang bergelar usahawan ini untuk menjual khidmat makanan mereka untuk pelajar yang tidak mahu keluar daripada bilik selepas pukul 10.00 malam. Peluang mereka lihat dan bersesuain dengan lokasi dan fisiologi pelajar di kolej. Untung bukan?. Jadi dadih pun masih boleh meraih keuntungan besar sekiranya kita tahu lokasi pemasaran kita.

No comments: