Setuju ker? Romi

Kajian Kes Perniagaan Internet produk Model Kenderaan Berjenama.

Pada minggu ini seorang sahabat saya bertanya mengenai satu perniagaan secara online (Internet). Beliau telah sedia mempunyai domain yang didaftar menggunakan domain pihak ketiga (Third Party Domain) maknanya domain percuma cuma ruang lingkup yang terhad. Masa yang sama beliau telah membeli beberapa produk model miniatur kereta berjenama berharga RMXXXX (Dirahsiakan sebab bukan keutamaan). Setelah saya membuka domain beliau barulah saya nampak beberapa perkara. Namun untuk kali pertama saya tidak memberikan komen yang tepat dan tidak menyeluruh. Kini barulah saya mendapat beberapa perkara yang patut kita kongsikan.

Nama Domain Anda Dan Skop Produk!.

Pertama sekali kita perlu sedar dan faham produk apa yang kita nak jual dan fokus. Sekali lagi saya katakan fokus!. Apabila kita faham dalam ilmu Knowledge management kita kena faham apa sebenarnya perniagaan kita atau Segmen (Segment). Dalam kes ini segment kita adalah Produk Model Miniatur. Produk yang ada di tangan kita sekarang adalah beberapa buah kereta berjenama.

Cuma itu sahaja yang kita ada. Kita kena tanya semula sejauh mana segmen untuk produk barangan model miniatur? Sudah pasti ada banyak lagi selain kereta berjenama. Pengalaman saya pergi ke pameran Kraftangan SDSI dan juga beberapa pusat membeli belah di Klang Valley saya pernah bertemu dengan miniatur rumah dan juga kapal layar serta Kapal Terbang.

Nanti dulu! mungkin anda akan berkata saya cuma ada kereta miniatur apa kaitannya? Hubungannya begini disebabkan segmen kita adalah model miniatur maka skop bagi produk kita perlu diluaskan dan meluaskan skop ini akan berlaku dalam tempoh yang berterusan seandainya kita ingin terus menjadi usahawan barangan model miniatur. Jadi anda sudah tentu mempunyai hubungan yang kuat antara produk dan diri anda sebagai usahawan.

Dicadangkan agar nama www.GETSPEEDA.webs.com diubah kepada nama domain yang lebih luas skopnya. www.GETSPEEDA.webs.com masih belum cukup kuat tetapi itu hanya akan menterhadkan fungsi perniagaan web anda sedangkan anda patut pada masa akan datang turut menjual dan mempromosikan barangan miniatur model yang lain berkaitan. Namun anda kena faham dalam miniatur ini ada DUA iaitu Miniatur Kraf dan Miniatur Hobi.

Skop anda buat permulaan ini biarlah Miniatur Kraf iaitu sebagai barangan hiasan. Sekiranya anda hendak meluaskan kepada hobi seperti Kereta RC itu boleh dibuat pada masa akan datang. Nama domain yang dicadangkan adalah Seperti www.minikraf.com, www.youmini.com, www.youminiatur.com dan nama yang difikirkan sesuai dengan skop. Itu yang dicadangkan dan seandainya anda mempunyai nama pilihan boleh emailakan ke normansah@gmail.com. Pemilihan nama domain secara free adalah langkah bijak. Kenapa? sebab anda boleh "test pasaran" sekarang disamping menyusun strategi untuk masuk ke dalam pasaran sebenar. Sebenarnya peringkat pra pemasaran ini banyak lagi domain yang menyediakan template percuma untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda. Dalam kajian kes produk miniatur ini ia adalah langkah yang bijak. Malah pada masa ini anda boleh mencuba beberapa nama domain yang difikirkan sesuai dengan skop perniagaan .

Nama domain penting sebab itu adalah penjenamaan produk dan perkhidmatan anda. Bayangkan jika pada masa akan datang nama domian anda tidak sekuat jenama yang akan datang kemudian. Percayalah pada masa akan datang akan timbul banyak lagi jenama yang hampir serupa produk dan perkhidmatannya. Mulakan penjenamaan dari sekarang!.


1 comment:

Anonymous said...

Hi Man! ini blog aku. http://romiawang.blogspot.com/