BISNES : ABDUL RAHMAN BIN AUF

Strategi perniagaan unta Abdul Rahman bin Auf

Sedikit strategi perniagaan sejarah Islam…

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.
Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?
Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Hebat!

References : http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/strategi-perniagaan-unta-abdul-rahman-b-auf/


Nasihat perniagaan Abdul Rahman B Auf

Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga. Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Jawabnya:
Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…


Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat saya:
Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.

Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.

Cash transaction only

Saya pasti, 3 tip perniagaan Abdul Rahman B Auf boleh diperkembangkan lagi dan menjadi antara strategy anda dalam menjalankan perniagaan

References : http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/nasihat-perniagaan-abdul-rahman-b-auf/

No comments: