D.U.I.T 2.5M

Minggu lepas dan hari ini saya terfikir untuk memberikan satu cadangan kepada seorang sahabat agar membangaun satu blog atau web untuk keperluan pemasaran secara atas talian. Terdapat beberapa sebab yang saya fikirkan atas keperluan ini. Antaranya saya senaraikan di bawah untuk dikongsikan :

  • Tugas dan peranan di dalam pembangunan dan pemasaran produk atau perkhidmatan memerlukan pertemuan secara 4 mata dan komunikasi secara oral kepada pihak kedua dan ketiga. Namun ini adalah keadah konvensional. Saya berpandangan pendekatan perlu diubah dari sekarang memandangkan alat dan medium yang lebih baik telah ada. Penggunaan internet sebagai medium pemasaran perlu dilakukan dengan effektif supaya anda memperolehi hasil yang lumayan.

  • Untuk membangun satu blog atau web ini tidah susah sangat. Apa yang penting adalah keinginan dan tanggungjawab pada tugas dan kerja kita. Apabila kita berkerja untuk syarikat secara tidak langsung bukan pada kita sahaja manfaatnya tetapi pada semua jemaah di dalam syarikat itu turut mendapat manfaatnya. Oleh itu, berkerjalah sebagai satu jemaah dan bukannya perseorangan dan assabiyah. Sebahagian daripada rezeki yang diperolehi adalah milik insan lain yang perlu diagihkan. Buat blog adalah yang paling mudah tanpa perlu memiliki kemahiran dari segi rekabentuk dan pembangunan sistem. Apa yang ada perlukan menaip www.blogger.com dan isikan nama pengguna dan kata kunci anda sekiranya anda adalah pengguna www.gmail.com. Mudah bukan?. Anda dan saya patut memulakannya sekarang. Katakan bahawa tidak ada sebab untuk anda menjadi kaya dengan memperolehi 2.5 juta.

  • Pemasaran secara atas talian mempunyai skala pasaran yang cukup luas. Dalam erti kata yang lain pelanggan anda mempunyai pelbagai latar belakang dari fisiologi dan demografi yang berlainan. Anda tidak perlu menaip kertas kerja yang panjang dan mengelirukan cukup sekadar meletakkan beberapa baris ayat yang mudah difahami dengan kesan gambar yang sedikit untuk menyokong idea secara teks anda. Amat mudah bukan?. Ini adalah peluang anda untuk melakukan perubahan yang besar dalam strategi anda meletakkan matlamat dan visi syarikat di hadapan berbanding syarikat lain.

  • Penggunaan nama yang sesuai amat perlu sekali. Kekadang ada yang meletakan nama yang terlelu "Freaky" sehinggakan pengguna lain risau untuk mengklik web atau blog anda !. Saya menasihatkan and aberhati-hati dengan nama. Sebab di akhirat nama yang baik seperti nama Muhammad akan dipanggil awal. Oleh itu, praktiskan maksud saya ini. Letakkan kesesuaian nama anda dengan keperluan produk dan perkhidmatan syarikat anda. Emailkan kepada saya jika anda memerlukan bantuan dari aspek ini. Ini perkhidmatan secara pecuma jangan khuatir normansah@gmail.com . Dapatkan nama yang baik agar pengguna mempunyai "Keinginan" untuk "Mengklik" web atau blog anda. Sudah pasti setiap klikkan pengguna adalah kebaikan besar untuk anda.

  • Saya pasti dengan pendekatan dan medium yang betul anda boleh membuat wang besar menerusi Pemasaran secara atas talian ini. Secara tidak langsung medium ini banyak menyokong usaha dan ikhtiar anda secara "Offline". Sebab anda tidak perlu menjelaskan dengan panjang lebar kepada pelanggan anda cukup sekadar memberikan maksud dan peranan produk dan perkhidmatan anda.

Oleh itu, kepada sahabat saya yang penting tidak ada anggan tanpa D.U.I.T 2.5 Juta. Fikir dan laksanakan impian anda dengan cara yang betul. InsayAllah.

No comments: